review perlawanan persahabatan - MALAYSIA vs MONGOLIA - 22/03/18
1-NADZLI HAZIQ (G) – 5/10 – aksi biasa. telah melakukan yg
terbaik untuk gol pertama yang dibolosi. patut dipersalahkan untuk gol kedua
kerana gagal mengatur benteng dengan baik. Akhyar sebagai benteng? hmm.. membiarkan bola bounce dan terkena palang di separuh masa kedua adalah satu tindakan b*d*h oleh seorang penjaga gol.
9-AHMAD HAZWAN BAKRI – 5/10 - senyap. zaman kegemilangannya
lenyap sebaik keluar Selangor.
5-ADAM NOR AZLIN – 4/10 – seperti biasa dengan aksi
gegabahnya. bertanggungjawab untuk gol kedua – 97% kesalahannya.
2-MATTHEW DAVIS – 6/10 – antara pemain Malaysia yang
menyerlah. overlapping byk membantu tapi hantaran silang menentang Mongolia lebih
banyak yang mengecewakan.
13-AFIQ FAZAIL – 5/10 – senyap.
15-FAZLY MAZLAN – 5/10 – average. rajin tapi tak efektif.
14-NATXO INSA – 5/10 – kawalan bola baik. shielding berkesan.
obviously bukan attacking minded. terikut dengan mentaliti baran dan b*d*h
pemain Malaysia. patut mendapat kad merah untuk kekasaran b*d*h nya.
18-MAHALLI JASULI – 5/10 – attacking minded. kurang rajin. kalau
dribble budak sekolah rendah confirm lepas.
8-SAFIQ RAHIM – 5/10 – rajin tapi tiada speed. kurang idea. bola
50-50 confirm kalah. kelemahan lebih ketara kalau opponent lebih besar dan
tinggi.
11-SAFAWI RASHID – 5/10 - gaya A. execution C- . umpanan di 2nd
half patut di ganti dengan try kaki kirinya. corner kick agak bagus berbanding
Safiq.
4-FAZLI SHAS – 4/10 - takde kena mengena untuk gol pertama Malaysia. bertanggungjawab 97% untuk gol pertama yang di bolosi.
10-NAZMI FAIZ – 3/10 – attitude budak sekolah menengah tingkatan
1. tak berubah dan nampaknya tak akan berubah. liabiliti. layak mendapat kad
merah untuk kekasaran b*d*h nya.
7-AKHYAR RASHID – 7/10 – pemain Malaysia yang menyerlah
selain Matthew Davis. Kredit untuk gol kedua walaupun big deflection.
19-WAN ZACK HAIKAL – 5/10 – selain freekick mengancam yang
terkena palang, persembahan membosankan. peluang yang diperolehi sebaik
freekick yang terkena palang sepatutnya diterjemahkan kepada gol atau
dilepaskan kepada Akhyar yang berada di belakang kirinya. terlalu gelabah untuk
dribble.