Friday 23 March 2018

MALAYSIA TAK MAMPU ‘C4’-KAN MONGOLIA


review perlawanan persahabatan - MALAYSIA vs MONGOLIA - 22/03/18

1-NADZLI HAZIQ (G) – 5/10 – aksi biasa. telah melakukan yg terbaik untuk gol pertama yang dibolosi. patut dipersalahkan untuk gol kedua kerana gagal mengatur benteng dengan baik. Akhyar sebagai benteng? hmm.. membiarkan bola bounce dan terkena palang di separuh masa kedua adalah satu tindakan b*d*h oleh seorang penjaga gol.

9-AHMAD HAZWAN BAKRI – 5/10 - senyap. zaman kegemilangannya lenyap sebaik keluar Selangor.

5-ADAM NOR AZLIN – 4/10 – seperti biasa dengan aksi gegabahnya. bertanggungjawab untuk gol kedua – 97% kesalahannya.

2-MATTHEW DAVIS – 6/10 – antara pemain Malaysia yang menyerlah. overlapping byk membantu tapi hantaran silang menentang Mongolia lebih banyak yang mengecewakan.

13-AFIQ FAZAIL – 5/10 – senyap.

15-FAZLY MAZLAN – 5/10 – average. rajin tapi tak efektif.

14-NATXO INSA – 5/10 – kawalan bola baik. shielding berkesan. obviously bukan attacking minded. terikut dengan mentaliti baran dan b*d*h pemain Malaysia. patut mendapat kad merah untuk kekasaran b*d*h nya.

18-MAHALLI JASULI – 5/10 – attacking minded. kurang rajin. kalau dribble budak sekolah rendah confirm lepas.

8-SAFIQ RAHIM – 5/10 – rajin tapi tiada speed. kurang idea. bola 50-50 confirm kalah. kelemahan lebih ketara kalau opponent lebih besar dan tinggi.

11-SAFAWI RASHID – 5/10 - gaya A. execution C- . umpanan di 2nd half patut di ganti dengan try kaki kirinya. corner kick agak bagus berbanding Safiq.

4-FAZLI SHAS – 4/10 - takde kena mengena untuk gol pertama Malaysia. bertanggungjawab 97% untuk gol pertama yang di bolosi.

10-NAZMI FAIZ – 3/10 – attitude budak sekolah menengah tingkatan 1. tak berubah dan nampaknya tak akan berubah. liabiliti. layak mendapat kad merah untuk kekasaran b*d*h nya.

7-AKHYAR RASHID – 7/10 – pemain Malaysia yang menyerlah selain Matthew Davis. Kredit untuk gol kedua walaupun big deflection.

19-WAN ZACK HAIKAL – 5/10 – selain freekick mengancam yang terkena palang, persembahan membosankan. peluang yang diperolehi sebaik freekick yang terkena palang sepatutnya diterjemahkan kepada gol atau dilepaskan kepada Akhyar yang berada di belakang kirinya. terlalu gelabah untuk dribble.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...