Thursday 3 October 2013

NOW EVERYONE CAN BE MINISTER/CEO!

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming mendedahkan pemilik ijazah palsu iaitu Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot (Universiti Preston, Amerika Syarikat); Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ewon Ebin (Universiti Golden State, Wyoming, Amerika Syarikat dan Universiti Terbuka Commonwealth, British Virgin Islands); Pengerusi Lembaga Tabung Haji dan Ahli Parlimen BN Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Universiti Preston) dan Presiden Kumpulan dan CEO Felda Global Ventures Holdings Bhd, Mohammed Emir Mavani Abdullah (Universiti Wanborough).

Secara tidak langsung kredibiliti JPA boleh dipersoalkan apabila hanya mengambil tindakan terhadap penjawat awam biasa tetapi memberi keistimewaan kepada menteri.

Reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyifatkan ijazah palsu hanya ibarat beg Louis Vuitton tiruan seperti memberi analogi bahawa kerajaan UMNO/BN tidak berminat mengambil apa-apa inisiatif untuk  menangani isu ini sama seperti salah satu kementeriannya yang tidak berani merampas beg Louis Vuitton/barangan tiruan daripada towkey-towkey tertentu.

Di samping isu pemberian 150,000 saham FGVH bernilai RM500,000 kepada Mohamed Emir sewaktu pelantikannya, Abdul Azeez juga terpalit dengan isu yang kononnya hanya berkelayakan SPM semasa dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji.

Jika ini bukti jelas bagi amalan kroni nepotisme, maka rakyat Malaysia boleh menjangkakan sesuatu untuk negara ini..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...