Thursday 3 October 2013

NOW EVERYONE CAN BE MINISTER/CEO!

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming mendedahkan pemilik ijazah palsu iaitu Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot (Universiti Preston, Amerika Syarikat); Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ewon Ebin (Universiti Golden State, Wyoming, Amerika Syarikat dan Universiti Terbuka Commonwealth, British Virgin Islands); Pengerusi Lembaga Tabung Haji dan Ahli Parlimen BN Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Universiti Preston) dan Presiden Kumpulan dan CEO Felda Global Ventures Holdings Bhd, Mohammed Emir Mavani Abdullah (Universiti Wanborough).

Secara tidak langsung kredibiliti JPA boleh dipersoalkan apabila hanya mengambil tindakan terhadap penjawat awam biasa tetapi memberi keistimewaan kepada menteri.

Reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyifatkan ijazah palsu hanya ibarat beg Louis Vuitton tiruan seperti memberi analogi bahawa kerajaan UMNO/BN tidak berminat mengambil apa-apa inisiatif untuk  menangani isu ini sama seperti salah satu kementeriannya yang tidak berani merampas beg Louis Vuitton/barangan tiruan daripada towkey-towkey tertentu.

Di samping isu pemberian 150,000 saham FGVH bernilai RM500,000 kepada Mohamed Emir sewaktu pelantikannya, Abdul Azeez juga terpalit dengan isu yang kononnya hanya berkelayakan SPM semasa dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji.

Jika ini bukti jelas bagi amalan kroni nepotisme, maka rakyat Malaysia boleh menjangkakan sesuatu untuk negara ini..



Wednesday 26 June 2013

MAMAK!!! ROTI NAJIB 1! DAKWAT KEKAL AIS 1!


Kos dakwat kekal - RM6.9juta
Kos pengangkutan, pembungkusan dan penyimpanan dakwat kekal - RM200k
Kos keseluruhan Pilihan Raya Umum ke-13 - RM400juta

Setelah sekian lama SPR berdolak-dalik, berteka-teki, memperbodohkan rakyat Malaysia dengan hujah-hujah bodohnya, akhirnya kebodohan SPR dan UMNO/BN yang makin diperjelaskan. Rupa-rupanya rakyat Malaysia yang bodoh dan bijak membayar RM6.9juta untuk pewarna makanan!

Tak goncang botol?
Silver nitrate?
Kanser?

Jawapan bodoh oleh seorang yang dibayar RM23,107.70 sebulan. Lebih menyakitkan hati lagi apabila jumlah itu dibayar oleh rakyat Malaysia yang bijak.


sumber : kachipemas.blogspot.com

Saturday 4 May 2013

Bekas Menteri takut idea BN akan ditiru sepertimana mereka MENIRU MANIFESTO PR!

Akibat ketiadaan idea dan modal dari segi ekonomi, UMNO/BN meniru manifesto Pakatan Rakyat yang mana antaranya kita dapat lihat dengan jelas dalam isu air percuma di negeri Selangor dan janji untuk menurunkan harga kereta.



Mungkin kerana takut idea mereka pula ditiru, bekas menteri UMNO/BN ini memberikan peringatan kepada rakyat agar sentiasa ingat bahawa hanya UMNO/BN sahaja yang boleh meniru dan layak dinobatkan sebagai juara penciplak.


Mungkinkah PR akan meniru/menciplak idea UMNO/BN yang kelihatan agak 'efektif dan efisien' untuk menarik undi rakyat dengan mengedar surat-surat atau cakera padat tertentu ke rumah-rumah?

INI KALILAH! 

Thursday 2 May 2013

BUKTI betapa mudahnya WANG DIGELAPKAN dalam kerajaan pimpinan UMNO/BN!

Akibat mahu mengangkat bakul rotan rekaan sendiri yang amat meragukan anyamannya, seorang aktivis politik secara tidak langsung mengaku banyak transaksi dengan nilai yang besar tidak direkodkan di dalam pentadbiran kewangan UMNO/BN. [rujuk]



Sesuatu yang amat pelik kerana jumlah sebanyak RM200 - RM300 juta boleh hilang begitu sahaja tanpa sebarang rekod di Kementerian Kewangan.

Jika benar dakwaan itu bahawa Mahathir begitu ikhlas membantu orang Islam dan orang Melayu di Kelantan, apa gunanya ia dicanangkan?

Jika benar dakwaan itu bahawa Mahathir begitu ikhlas membantu orang Islam dan orang Melayu di Kelantan, adakah sesiapa antara kita yang akan percaya Mahathir mengeluarkan duit poketnya sendiri bagi tujuan tersebut?

Jika benar dakwaan itu bahawa Mahathir begitu ikhlas membantu orang Islam dan orang Melayu di Kelantan, mengapa isu royalti kepada negeri Kelantan tidak diselesaikan dengan segera?

Dan jika dakwaan itu hanyalah lawak jenaka semata-mata, bolehkah seseorang yang lain pula mengatakan dia telah membawa Najib pada pukul 11 dan 12 malam apabila semua orang lain sudah tidur ke rumah Anwar untuk diberi RM24.4 juta bagi membantu Najib membeli cincin untuk suaminya?

Tuesday 30 April 2013

RACISM in MALAYSIA - ini puncanya!

Memang tepat bila mana tidak lama dulu Nurul Izzah kata UMNO/BN akan main politik perkauman untuk memenangi undi.

Dan lagi tepat bila mana Nik Aziz jelaskan bahawa bangsa atau kaum bukan satu masalah kepada Islam.


Masih relevankah UMNO/BN?

INI KALILAH! 

Monday 29 April 2013

Pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam : antara POLITIK dan PENGHORMATAN!

Kejadian pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim bukan sahaja menggemparkan jabatan kastam malah penjawat awam keseluruhannya.

Tugas seorang pegawai kastam tidak kurang cabarannya jika dibandingkan dengan PDRM dan ATM.
Untuk rekod, kejadian tembakan, cubaan bunuh dan kematian pegawai kastam bukanlah sesuatu yang baru.

Ketidakhadiran menteri ketika majlis pengurusan jenazah Datuk Shaharuddin menunjukkan betapa pentingnya politik bagi sesetengah pihak daripada soal hidup-mati / dunia-akhirat.

Jabatan Kastam sebagai satu jabatan yang bernaung di bawah Kementerian Kewangan pastinya mahu melihat kehadiran Najib di majlis itu. Setidak-tidaknya wakil dari kementerian. Jika pada Hari Kastam Sedunia 2013 Husni Hanadzlah selaku Menteri Kewangan II sanggup mewakili Najib, kenapa tidak pada hari tersebut?

Husam Musa bersama-sama menunaikan solat jenazah dan menguruskan  majlis pengebumian Datuk Shaharuddin

Saturday 27 April 2013

ORANG SABAH bangkit tolak BN!!

Terbaik dari orang Sabah!!

Parody Anak Kampung yang secara tak langsung mengingatkan Jimi Pelikat asal usulnya..

Pastinya Musa Aman jiwa kacau..hati sudah tak aman..

INI KALILAH!!



Sunday 7 April 2013

Pinangan DITOLAK : gadis DIMAKI, DIPUKUL dan DICABUL!


Bukan lagi rahsia. Sudah berpuluh kali. Jelingan demi jelingan. Ayat-ayat manis. Surat, sms, twitter, facebook. Bukan lagi rahsia si gadis itulah pilihan hatinya untuk memenuhi tuntutan bagi seorang lelaki yang sudah jatuh hukum wajib untuk berkahwin.

Bukan salah si gadis, tapi yang meminang tidak memenuhi kriteria seorang suami yang boleh membimbing untuk sama-sama mencari keredhaan Ilahi. Si gadis memberi alasan lelaki tersebut seorang yang suka salahguna wang persatuan di kampungnya, sering mengaku wasatiyyah walaupun tidak memahami ertinya, suka memfitnah, makan hasil dari poket orang lain dan bermacam alasan lagi yang tidak memungkinkan beliau menyambut pinangan itu.

Tanpa disangka, yang meminang bertindak diluar batasan..


Thursday 7 February 2013

MALU!! TGNA tak kenal PSY..NAJIB terbukti lebih HEBAT!!


Kecoh apabila TGNA sebagai Menteri Besar Kelantan tersalah anggap artis popular PSY yang terkenal di seluruh dunia sebagai seorang wanita.

Berita tersebut boleh dibaca di sini dan dikupas oleh banyak blog pro-UBN.

Kenal PSY? perlu ke? ini persoalan yang perlu dijawab dulu..

Agak pelik kalau TGNA kenal dan hafal semua penghibur satu dunia terutama yang sering menampilkan penari perempuan seksi. Sedangkan dikalangan kita masih terdapat yang merangkak membaca surah-surah lazim tapi langsung tak merasa malu...PSY?? tak berbaloi..

Ketidakkenalan TGNA kepada PSY secara tak langsung menunjukkan PSY tidak popular mana di mata beliau jika dibandingkan kepopularannya di mata pengikut UBN. 

Banyak hal yang lebih layak dimalukan tapi..


mungkin itu normal bagi sesetengah orang..dan mungkin juga kelihatan bodoh di hadapan budak sekolah rendah mengenai ilmu agama asas adalah biasa bagi sesetengah orang jika dibandingkan dengan kebodohan mengenai dunia hiburan..

Tuesday 5 February 2013

Hari Wilayah Persekutuan 2013..

Hari Wilayah Persekutuan 2013 sudah selesai. Mengikut kata seorang sahabat aku ramai yang datang sebab hadiah cabutan bertuah utama adalah Perodua Myvi SE, 2 buah motorsikal Honda, 20 buah basikal yang berharga RM1,000 setiap satu dan macam-macam lagi.

Sambutannya boleh tahan tapi sahabat aku dengan info yang diragui kesahihannya kata cabutan bertuah dah macam khas untuk warga DBKL. Katanya kotak yang digunakan untuk mengumpul kad daripada warga DBKL, warga dari jabatan lain yang membuat persembahan dan kawad, serta dari orang awam dibezakan. Yang mana bermaksud ada 3 kotak berbeza untuk cabutan bertuah dan tidak dapat dipastikan juga bila mereka campur ketiga-tiganya untuk mendapatkan cabutan yang betul-betul 'bertuah'(kesahihan masih ditahap sifar).

Oleh itu, mengikut kata sahabat aku lagi kebanyakan yang menang hadiah cabutan bertuah tu adalah warga DBKL. Pemenang hadiah utama anda boleh lihat di sini.

Yang sadisnya ialah golongan yang pergi semata-mata kerana hadiah cabutan bertuah yanug digembar-gemburkan tu.

Yang lawaknya..

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri Datin Rosmah Mansor di stadium itu disambut laungan 1Malaysia oleh orang ramai yang membanjiri stadium sejak awal pagi, serta diiringi dendangan lagu 1M4U. - BERNAMA

Aku boleh bayangkan kalau orang datang then kita bagi salam atau mungkin seseorang buat penampilan di stadium then kita takbir..tapi kalau seseorang datang then kita jerit/laung '1Malaysia' memang lawak bagi aku..



Wednesday 30 January 2013

Julia Gillard kepada Najib : Ini baru WASATTIYAH!

CANBERRA 30 Jan 2013 : Perdana Menteri Julia Gillard membuat kejutan hari ini dengan mengumumkan tarikh plihan raya Australia pada 14 September depan. 

Sebelum ini secara tradisinya, kerajaan memerintah memberi tempoh notis sekurang-kurangnya sebulan kepada pembangkang sebelum mengumumkan pilihan raya. 


Pengumuman itu dibuat Gillard ketika berucap di National Press Gallery. 

Gillard berkata, beliau mahu memperkenalkan satu persekitaran yang selesa kepada pengundi supaya mereka lebih fokus kepada isu nasional serta mengelak keadaan tidak menentu mengenai teka-teki tarikh pilihan raya. 

“Saya memutuskan ini (tarikh pilihan raya) supaya kerajaan dan ahli Parlimen Australia boleh berkhidmat tiga bulan penuh penggal pentadbiran. 

"Jadi ia jelas bila pilihan raya akan dijalankan," katanya. - AP 



Sehubungan dengan itu, Gillard sebagai kawan kepada Najib diminta menasihatkan beliau agar tidak terlalu seronok bermain teka-teki bersama Muhyiddin yang mana diketahui ramai sangat 'fun' dengan permainan itu.

Monday 28 January 2013

Menang MAHARAJA LAWAK edisi PALESTIN?? En.N disambut meriah!

Lebih 10,000 rakyat berbilang kaum termasuk menteri kabinet dan orang kenamaan membanjiri Kompleks Bunga Raya bagi menyambut dan menunjukkan sokongan kepada PM yang mengadakan lawatan ke Semenanjung Gaza dan menghadiri mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2013 di Davos, Switzerland.

Antara sepanduk dan kain rentang yang dibawa bertulis "Selamat Pulang Pejuang Umat", "PM Wira Negara", "We Are Proud To Have A Brave PM" dan "We Love PM".


Kenyataan kerajaan Abbas yang dibacakan pegawai berita WAFA menyebut "Presiden Palestin menolak dan mengecam kunjungan PM Malaysia ke Gaza"

Dan menambah "kunjungannya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin".

Kerajaan Malaysia akan diminta memberi penjelasan dari pemerintah Palestin dalam masa terdekat.


Pejuang Umat?? Wira Negara?? Haha..apa yang En.N sumbangkan di sana?

You called that brave?? then everyone on this planet is brave..agak lawak..

Tak ada alasan yang munasabah nak disambut sebagai wira dan tak ada apa-apa pencapaian luar biasa yang nak dibanggakan pun..sebaliknya kena bagi penjelasan kepada pemerintah Palestin..boleh tahan lawak tu..

Ko tolak pemerhati antarabangsa dalam proses pilihanraya dengan alasan 'campur tangan asing dalam hal ehwal negara' tapi ko sendiri campur tangan dalam hal ehwal negara lain?? memang lawak..

So..dari segi lawak mungkin ianya boleh dibanggakan..

Monday 21 January 2013

Friday 11 January 2013

WASATTIYAH polisi terbaru BANK ISLAM?


11 Januari 2013 - Bank Islam menafikan kaitan mereka dengan kenyataan pakar ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin mengenai ramalan kemenangan tipis Pakatan Rakyat (PR) pada PRU13 oleh Singapore Straits Times.

Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat : Pandangan Azrul pada forum kewangan serantau itu adalah pandangan peribadi dan tidak patut dikaitkan dengan Bank Islam. Saya tidak tahu dari mana beliau mendapatkan statistik tersebut.

Ekonomi dan politik sememangnya bersangkut rapat..
Benarkah pakar ekonomi Bank Islam hanya menggunakan dadu bagi mendapatkan ramalan tersebut?

Thursday 10 January 2013

POLIS buat U-TURN di double line!


10 Januari 2013 - KPKL, DMS menyarankan penganjur HKR supaya menyemak semula hasrat mereka untuk menggunakan Stadium Merdeka bagi mengadakan perhimpunan tersebut 12 Januari ini. "Dengan sasaran penganjur untuk mengumpul seramai 1juta peserta, maka secara logiknya perhimpunan tersebut adalah lebih sesuai diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil."

Baru aku tau Stadium Nasional Bukit Jalil boleh tampung 1 juta penonton.
Lepas ni ape Encik DMS? Stadium Nasional BukitJalil ada renovation pulak? Lepas tu?
Mane ada smpai 1juta pun, 30,000 pun tak sampai..cuba tengok berita kat RTM dan TV3, mana pernah program PR dapat sambutan..

Wednesday 9 January 2013

ini BUKTI IMIGRESEN MALAYSIA LEMAH?


Seorang penggodam komputer warga Algeria yang diburu FBI kerana mencuri berjuta-juta dolar dari beberapa  buah bank AS untuk membiayai kehidupan mewahnya ditangkap oleh Imigresen di Lapangan Terbang Suvarnabumi, Thailand. Hamza Bendelladj tiba dari Malaysia untuk transit ke Kaherah sebelum dikesan oleh Imigresen Thailand.

Persoalannya bagaimana pegawai imigresen Malaysia tidak dapat mengesan lelaki ini sewaktu dia tiba atau keluar dari Malaysia?

TOPIK baru dalam buku SEJARAH MALAYSIA untuk sekolah rendah dan menengah!


Pengurusan Stadium Merdeka membenarkan penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat menggunakan tempat bersejarah bagi perhimpunan 12 Januari.

Diharapkan sehingga 10km radius dari Stadium Merdeka dipenuhi rakyat marhaen. Mungkin buku sejarah di sekolah rendah dan sekolah menengah terpaksa dipinda untuk ditambah satu bab lagi.


Tuesday 8 January 2013

pendaftaran kelas MATEMATIK bersama NMY dibuka!


Billboard ni aku snap kat stesen LRT Jelatek..

Baucar Buku 1Malaysia
-membantu pembelian buku 1.3juta pelajar IPTA/IPTS
-baucar bernilai RM250 dengan dana keseluruhan RM263juta

Cuma aku tertanya-tanya dana keseluruhan RM263juta tu termasuk billboard mega ni dan yang seumpamanya ke? Macam tak cukup je..

Aku tak berapa pandai matematik macam NMY dan Encik Najib tapi berdasarkan pengiraan aku menggunakan kalkulator saintifik dan sempoa mainan anak aku nilainya lebih..


Monday 7 January 2013

BIADAP! NMY perkecil kemampuan ENCIK NAJIB!


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri NMY : Pindaan keputusan berikutan kesilapan pengiraan undi yang sekaligus menunjukkan DAP tertekan dalam usaha membuktikan sebuah parti pelbagai kaum. Mereka tidak tahu kira walaupun tidak sampai 2000, budak darjah 4 pun tahu kira.

Kalau dulu masa kerajaan Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat buat rumah mapu milik yang berharga RM72k, UMNO/BN Pulau Pinang melalak kata terlalu tinggi dan sepatutnya berharga dalam lingkungan RM42k.

Bulan lepas Encik Najib umumkan kalau mereka berjaya rampas PP, mereka akan bina rumah mampu milik dalam lingkungan RM200k-RM300k.

Korang boleh baca di sini.

Jadi aku mungkin tersilap sebelum ni. Encik Najib masih tidak layak untuk duduki SPM kerana beliau baru DARJAH 3!

reminder-HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112


Ini adalah pengumuman khas oleh Jawatankuasa Himpunan Sejuta Rakyat yang akan berlangsung pada 12 Januari ini jam 2 petang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Semua yang akan turun sila ambil perhatian:
>Untuk mengelakan kesesakan sila jangan bawa kereta ke dalam kota kuala lumpur
>Sila jangan buat ganguan jalan
>Sila jangan jamkan jalan raya perhimpunan ini dijalankan dengan aman perhimpunan ini dijalankan dengan santai suasana pesta suasana bersama kaum keluarga

PANTAI TIMUR
>Ambil komuter ambil lrt di wilayah gombak berhenti di masjid jemek dan bergerak dari sana ke stadium merdeka

PERLIS KEDAH PULAU PINANG PERAK
>Sila ambil komuter di slim river di tanjung malim di rawang dan kawasan-kawasan yang sama berkumpul di masjid negara dan bergerak ke stadium merdeka

NEGERI SEMBILAN
>Naik komuter dari seremban kajang bangi cuba jangan bawa kereta ke dalam kota

SELANGOR - PJ KLANG SHAH ALAM
>Sila ambil komuter sila ambil lrt berhenti di universiti berhimpun di masjid universiti malaya bergerak ke brickfeilds warga aman sedang menungggu

MAHASISWA dan ANAK MUDA
>Berkumpul di masjid UM bergerak bersama-sama menuju brickfeilds

HIMPUNAN HIJAU
>Berkumpul awal di KLCC

ROYALTI
>Berkumpul awal di KLCC

MUFAKAT
>Berkumpul di jalan sultan

SAMM
>Berkumpul di kelab sultan sulaiman

WARGA YANG LAIN
>Datang terus masuk ke stadium merdeka



NOTA
>Sila berkumpul lebih awal dan mula bergerak ke stadium merdeka

NOTA
>Sila layari semua laman pro pakatan para pemilik laman para bloger anti united malays national orgnisation sila sebarkan maklumat ini

ANAK ANAK MUDA
>Yang bijak design flyer yang bijak dengan media baru sila sibuk dan gempur alam siber sila gempaq dengan #kl112 sila buat heboh

Friday 4 January 2013

Malaysia vs Thailand..pengadil LEMBU!

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar : saya lihat kenyataan yang dibuat beliau (Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution berhubung sekatan terhadap kumpulan pemerhati bebas PRU13) tidak tepat sama sekali dan menganggapnya sebagai cuba untuk mengelirukan rakyat sedangkan tuduhan yang dibuat itu langsung tidak berlandaskan maklumat yang sebenar dan tepat.

Antara garis panduan untuk pemerhati pilihanraya yang ditetapkan SPR :-

1. Tidak boleh bercakap dengan agen parti dan kakitangan pusat undi.
2. Tidak dibenar bercakap kepada pihak media
3. Tidak dibenar mengambil foto salah laku atau penipuan tanpa kebenaran
4. Tidak dibenar memerhati proses mengira undi
5. tidak boleh mengeluarkan apa-apa maklumat kepada pihak ketiga sebelum melaporkan kepada SPR.

Encik WAWO, apa ko cuba nak cakap? ko nak cakap SPR boleh buat apa saja tanpa ada pihak yang boleh menegur? ko nak cakap ko tu perfect, tak pernah buat silap dan tak akan buat silap? ko nak anggota SPR dimaklumkan dulu kalo ade apa-apa yang tak kena supaya ko boleh cover-up? ko nak jadi LEMBU atau nak menjadi pengadil yang telus kepada rakyat dalam menentukan masa depan negara?

Kita boleh lihat isu ini selari dengan isu keengganan UMNO/BN menerima pemerhati antarabangsa dalam PRU yang cuba dibawa oleh Badan Bebas Pemantau Pilihanraya Malaysia (Mafrel) dan PR.
Dalam isu ini Najib telah cuba menakutkan rakyat dengan menyatakan pemerhati antarabangsa sebagai 'campur tangan asing' dan boleh merosakkan masa depan negara.

Walhal dari sudut positif, pemerhati antarabangsa boleh menjamin lebih ketelusan dalam proses pilihanraya atau setidak-tidaknya memberi lebih keyakinan kepada rakyat akan kejujuran dan keadilan dalam proses pilihanraya. Dalam masa yang sama pemerhati antarabangsa boleh memberi perspektif dan cadangan yang baik untuk proses pilihanraya yang lebih sempurna.

Malaysia vs Thailand..pengadil LEMBU!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...