Thursday, 7 February 2013

MALU!! TGNA tak kenal PSY..NAJIB terbukti lebih HEBAT!!


Kecoh apabila TGNA sebagai Menteri Besar Kelantan tersalah anggap artis popular PSY yang terkenal di seluruh dunia sebagai seorang wanita.

Berita tersebut boleh dibaca di sini dan dikupas oleh banyak blog pro-UBN.

Kenal PSY? perlu ke? ini persoalan yang perlu dijawab dulu..

Agak pelik kalau TGNA kenal dan hafal semua penghibur satu dunia terutama yang sering menampilkan penari perempuan seksi. Sedangkan dikalangan kita masih terdapat yang merangkak membaca surah-surah lazim tapi langsung tak merasa malu...PSY?? tak berbaloi..

Ketidakkenalan TGNA kepada PSY secara tak langsung menunjukkan PSY tidak popular mana di mata beliau jika dibandingkan kepopularannya di mata pengikut UBN. 

Banyak hal yang lebih layak dimalukan tapi..


mungkin itu normal bagi sesetengah orang..dan mungkin juga kelihatan bodoh di hadapan budak sekolah rendah mengenai ilmu agama asas adalah biasa bagi sesetengah orang jika dibandingkan dengan kebodohan mengenai dunia hiburan..

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...