Tuesday 30 April 2013

RACISM in MALAYSIA - ini puncanya!

Memang tepat bila mana tidak lama dulu Nurul Izzah kata UMNO/BN akan main politik perkauman untuk memenangi undi.

Dan lagi tepat bila mana Nik Aziz jelaskan bahawa bangsa atau kaum bukan satu masalah kepada Islam.


Masih relevankah UMNO/BN?

INI KALILAH! 

Monday 29 April 2013

Pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam : antara POLITIK dan PENGHORMATAN!

Kejadian pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim bukan sahaja menggemparkan jabatan kastam malah penjawat awam keseluruhannya.

Tugas seorang pegawai kastam tidak kurang cabarannya jika dibandingkan dengan PDRM dan ATM.
Untuk rekod, kejadian tembakan, cubaan bunuh dan kematian pegawai kastam bukanlah sesuatu yang baru.

Ketidakhadiran menteri ketika majlis pengurusan jenazah Datuk Shaharuddin menunjukkan betapa pentingnya politik bagi sesetengah pihak daripada soal hidup-mati / dunia-akhirat.

Jabatan Kastam sebagai satu jabatan yang bernaung di bawah Kementerian Kewangan pastinya mahu melihat kehadiran Najib di majlis itu. Setidak-tidaknya wakil dari kementerian. Jika pada Hari Kastam Sedunia 2013 Husni Hanadzlah selaku Menteri Kewangan II sanggup mewakili Najib, kenapa tidak pada hari tersebut?

Husam Musa bersama-sama menunaikan solat jenazah dan menguruskan  majlis pengebumian Datuk Shaharuddin

Saturday 27 April 2013

ORANG SABAH bangkit tolak BN!!

Terbaik dari orang Sabah!!

Parody Anak Kampung yang secara tak langsung mengingatkan Jimi Pelikat asal usulnya..

Pastinya Musa Aman jiwa kacau..hati sudah tak aman..

INI KALILAH!!



Sunday 7 April 2013

Pinangan DITOLAK : gadis DIMAKI, DIPUKUL dan DICABUL!


Bukan lagi rahsia. Sudah berpuluh kali. Jelingan demi jelingan. Ayat-ayat manis. Surat, sms, twitter, facebook. Bukan lagi rahsia si gadis itulah pilihan hatinya untuk memenuhi tuntutan bagi seorang lelaki yang sudah jatuh hukum wajib untuk berkahwin.

Bukan salah si gadis, tapi yang meminang tidak memenuhi kriteria seorang suami yang boleh membimbing untuk sama-sama mencari keredhaan Ilahi. Si gadis memberi alasan lelaki tersebut seorang yang suka salahguna wang persatuan di kampungnya, sering mengaku wasatiyyah walaupun tidak memahami ertinya, suka memfitnah, makan hasil dari poket orang lain dan bermacam alasan lagi yang tidak memungkinkan beliau menyambut pinangan itu.

Tanpa disangka, yang meminang bertindak diluar batasan..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...