Thursday 7 February 2013

MALU!! TGNA tak kenal PSY..NAJIB terbukti lebih HEBAT!!


Kecoh apabila TGNA sebagai Menteri Besar Kelantan tersalah anggap artis popular PSY yang terkenal di seluruh dunia sebagai seorang wanita.

Berita tersebut boleh dibaca di sini dan dikupas oleh banyak blog pro-UBN.

Kenal PSY? perlu ke? ini persoalan yang perlu dijawab dulu..

Agak pelik kalau TGNA kenal dan hafal semua penghibur satu dunia terutama yang sering menampilkan penari perempuan seksi. Sedangkan dikalangan kita masih terdapat yang merangkak membaca surah-surah lazim tapi langsung tak merasa malu...PSY?? tak berbaloi..

Ketidakkenalan TGNA kepada PSY secara tak langsung menunjukkan PSY tidak popular mana di mata beliau jika dibandingkan kepopularannya di mata pengikut UBN. 

Banyak hal yang lebih layak dimalukan tapi..


mungkin itu normal bagi sesetengah orang..dan mungkin juga kelihatan bodoh di hadapan budak sekolah rendah mengenai ilmu agama asas adalah biasa bagi sesetengah orang jika dibandingkan dengan kebodohan mengenai dunia hiburan..

Tuesday 5 February 2013

Hari Wilayah Persekutuan 2013..

Hari Wilayah Persekutuan 2013 sudah selesai. Mengikut kata seorang sahabat aku ramai yang datang sebab hadiah cabutan bertuah utama adalah Perodua Myvi SE, 2 buah motorsikal Honda, 20 buah basikal yang berharga RM1,000 setiap satu dan macam-macam lagi.

Sambutannya boleh tahan tapi sahabat aku dengan info yang diragui kesahihannya kata cabutan bertuah dah macam khas untuk warga DBKL. Katanya kotak yang digunakan untuk mengumpul kad daripada warga DBKL, warga dari jabatan lain yang membuat persembahan dan kawad, serta dari orang awam dibezakan. Yang mana bermaksud ada 3 kotak berbeza untuk cabutan bertuah dan tidak dapat dipastikan juga bila mereka campur ketiga-tiganya untuk mendapatkan cabutan yang betul-betul 'bertuah'(kesahihan masih ditahap sifar).

Oleh itu, mengikut kata sahabat aku lagi kebanyakan yang menang hadiah cabutan bertuah tu adalah warga DBKL. Pemenang hadiah utama anda boleh lihat di sini.

Yang sadisnya ialah golongan yang pergi semata-mata kerana hadiah cabutan bertuah yanug digembar-gemburkan tu.

Yang lawaknya..

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri Datin Rosmah Mansor di stadium itu disambut laungan 1Malaysia oleh orang ramai yang membanjiri stadium sejak awal pagi, serta diiringi dendangan lagu 1M4U. - BERNAMA

Aku boleh bayangkan kalau orang datang then kita bagi salam atau mungkin seseorang buat penampilan di stadium then kita takbir..tapi kalau seseorang datang then kita jerit/laung '1Malaysia' memang lawak bagi aku..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...