Sunday 30 December 2012

JAKIM yang JAHIL..


KP JAKIM, Datuk Othman Mustapha : tindakan boleh diambil ke atas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekiranya presiden PAS itu tetap mahu mempertahankan satu amanat kontroversi pada 1981 yang didakwa mengkafirkan UMNO. Semua bukti ada disimpan termasuk ceramah mereka.

macam mana pulak dengan kenyataan ni Encik Othman??

1. janggut - "dizaman itu nak cukur mudah ke? dia bukan ada gillette. zaman nabi ada gillette ke, tak   dak..pisau cukur pun tak dak masa tu"..Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan 1997
2. aurat - tujuan menutup aurat di zaman Nabi kerana Arab Jahiliyah mempunyai nafsu yang kuat..3 Sept 1997 PAU
3. terima kasih - "jadi kita tidak perlu berterima kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w. jika tidak Nabi Muhammad, orang lain akan diutuskan untuk menyampaikan agama Islam"..11 Mei 2000 PAU
4. hudud - "apabila hukum rejam dan potong tangan dilaksanakan pada penzina  dan pencuri, nescaya ramailah umat Islam akan mati dlm keadaan kudung tangan"..14 Julai 1992
5. tafsiran - al-Quran perlu ditafsirkan semula mengikut peredaran masa kini..14 Ogos 1994

tak ada keperluan untuk membincangkan isu siapa yang keluarkan kenyataan di atas kerana semua rakyat Malaysia sama ada tahu atau buat-buat tak tahu..

lebih baik diam dan nampak bodoh daripada bersuara dan kebodohan kau jelas..

Friday 28 December 2012

TPM dedah HOBI di masa lapang!

28 Dis - TPM menyifatkan ia sebagai satu keseronokan untuk membuat teka-teki mengenai tarikh PRU-13

"Bolehlah buat teka-teki tarikhnya bila..seronok juga juga kerana ada peluang dengar teka-teki dan kalau kita dah buat (umum), kita tak ada 'fun' lagi.

Seronok? Fun? betapa peliknya hobi ahli politik di negara kita..



Rakyat lagi seronok dengar satu per satu pendedahan penyelewengan UMNO/BN..
Rasa macam dapat jawab soalan teka-teki bila dengar ketua UMNO BAHAGIAN PANDAN kena penjara 8 tahun. 

Rasa macam jawab soalan teka-teki teka-tekok dari budak sekolah rendah bila dengar ketua UMNO BAHAGIAN PANDAN tu jugak kena denda RM977,560.


Tapi ada rakyat lagi seronok tengok artis seksi daripada main teka-teki..
Mereka kata lagi 'fun' tengok perempuan seksi daripada main teka-teki teka-tekok..

Monday 24 December 2012

Harapan KRISMAS Lim Guan Eng!


Ketua Menteri Pulau Pinang memuji Barisan Nasional Pulau Pinang kerana berupaya menjadi pembangkang yang hebat selepas mereka mengumumkan sumbangan untuk pelajar cemerlang PMR.

LGE berkata BN PP tidak pernah memberi sumbangan sebegitu apabila memerintah PP tapi begitu teruja untuk memberi sumbangan semasa menjadi pembangkang.

LGE menambah adalah baik BN menjadi pembangkang di PP kerana mereka mempunyai sumber untuk memberi sumbangan sebegitu.

Ini juga membuktikan BN seharusnya terus menjadi pembangkang di PP untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat PP.

LGE menjelaskan harapan Krismasnya ialah untuk melihat BN PP memberi sumbangan kepada rakyat secara berterusan dan bukannya sekali setiap lima tahun.

themalaysianinsider

Friday 21 December 2012

UTUSAN MONGOLIA dah lama BERUBAH lah!


kata mantan ketua pengarang WithName, Utusan Mongolia perlu berubah untuk terus kekal relevan dengan suasana politik dan pasaran semasa.

UTUSAN MONGOLIA dah lama BERUBAH lah!

daripada sebuah akhbar yang meniup semangat kemerdekaan kepada sebuah akhbar yang menghirup semangat kemerdekaan!

daripada sebuah akhbar yang membela bangsa Mongolia kepada sebuah akhbar yang membela posisi kewangan PR! (jika dikira berapa banyak yang dah diderma kepada PR)!

daripada sebuah akhbar yang menjadi sumber ilmu kepada rakyat Mongolia kepada sebuah akhbar yang menjadi sumber gelak tawa sinis masyarakat!

daripada sebuah akhbar yang menjadi sumber bacaan utama menjadi sebuah akhbar yang menjadi bahan bacaan di bilik air!

daripada sebuah akhbar yang menjadi sumber informasi menjadi sebuah akhbar yang menjadi sumber modal membungkus nasi lemak!

Wednesday 19 December 2012

selepas BUKU BIOGRAFI sekarang KOMIK pula?


selepas BUKU BIOGRAFI sekarang KOMIK pula?? walaubagaimanapun kesahihan berita ini masih di tahap sifar..

Tuesday 18 December 2012

BUDAK DARJAH 2 KELAS COROT!


Gila kuasa atau anak jantan bila ibrahim ali kata akan tetap bertanding walaupun 10 atau 15 penjuru? Jika itu dipanggil anak jantan maka kejantanan beliau terserlah apabila mengetuai sekumpulan 5,000 perwakilan dan pemerhati ke mesyuarat agung PERKASA untuk membaca ikrar bagi menyokong BN dalam PRU13. Anak jantan berjiwa pahlawan ini mempunyai sifat terpuji iaitu malu-malu kucing untuk bertanding atas tiket UMNO/BN. Lebih menonjolkan lagi kejantanan beliau dalam memperjuangkan bangsa Melayu ialah kenyataan mengenai kesempitan kaum Melayu dalam perniagaan hanya disebabkan peluang perniagaan berstatus 'haram' dimonopoli bukan-Islam. Seperti biasa kenyataan beliau boleh dianggap sebagai kenyataan budak darjah 2 kelas corot.

Saturday 15 December 2012

rabun NONG CHIK semakin teruk!


13 Dis, Raja Nong Chik : generasi muda dilihat lebih berminat bersama kerajaan (persekutuan) untuk membangunkan negara.


aku cuma pelik generasi muda mana yang dilihat oleh Nong Chik ni?? ikutkan survey oleh NGO di atas, parti racist mcm MIC, MCA dan UMNGOK duduknya dalam bakul sampah..


mungkin generasi muda (anak dia?) yang dapat kontrak?


atau generasi muda yang dapat sejadah?

Friday 14 December 2012

NYANYUK+BEBAL=PEKASAM


Sinar Harian 13 Dis 2012
Ibrahim Ali : pendirian Perkasa ialah kita masih NGO dan kita tidak menyebelahi mana-mana parti politik di negara ini. tetapi kita juga terima hakikat dalam memenuhi agenda Melayu, Bumiputera dan keselamatan negara, kita juga mahu melihat kestabilan politik negara, kita juga berhak mengundi, nak tak nak kita kena tentukan pendirian untuk pilihanraya. walaupun kita tak bertanding sekurang-kurangnya nak pandu ahli kita kepada siapa kita nak memilih.

ape semua yang sertai Perkasa ni bodoh ke? nak kene pandu2 pulak nak pilih parti politik mane? aku teringat waktu ibrahim ali ni bercakap kat dalam program Bicara Rakyat kat TV1. dah la semua ahli panel orang UMNO/BN, soalan2 yang diutarakan penonton pun nampak sangat disediakan oleh pihak penerbit, pastu boleh pulak die bawak keluar artikel yang die potong dari surat khaber mane ntah pasal ape yang dicakapkan Mahathir untuk sokong hujah die. umpama die nak buktikan kat mahkamah yang die tak merompak, die siarkan bukti percakapan geng rompak die yang cakap dorang tak pernah merompak.

Thursday 13 December 2012

pendatang baru LIGA SUPER MALAYSIA musim 2013..JIBBY FC?!

KUALA LUMPUR, Dec 9 - Datuk Seri Najib Razak melancarkan  Ah Jib Gor Fan Club
JIBBY FC bakal mengimport pemain yang paling banyak mendapat kad merah di liga Zimbabwe kerana kelakuan lucah dan kata-kata makian terhadap pemain pihak lawan, pengadil dan juga rakan sepasukan.



Wednesday 12 December 2012

MENTERI bodoh atau diperbodohkan?


pengarah urusan Lynas Malaysia, Mashal Ahmad : bahan sisa tidak boleh dieksport kerana halangan undang-undang antarabangsa.


empat menteri kabinet : Lynas perlu mengeksport sisa yang terhasil daripada loji di Gebeng untuk memenuhi syarat pengendalian sementara (TOL). sekiranya Lynas gagal memenuhi syarat khusus ini, Lembaga Pelesenan Atom mempunyai kuasa bawah Seksyen 22 Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) untuk menggantung atau membatalkan TOL dan memerintah Lynas memberhentikan operasinya serta merta.

selepas TOL diluluskan baru nak bincang isu ni?

bodoh2 sekalian..baru sekarang?? walaupun projek Bukit Merah, Perak oleh Mitsubishi Chemical 1992 bukan sebijik macam Lynas tapi tu tak bagi ko pengajaran lagi ke? kecacatan kelahiran dan kadar leukimia yang tinggi di kalangan pekerja dan penduduk sekitar tu normal ke bagi ko? Mashal, ko ingat penduduk kampung yang makan 11 ekor lembu ko bagi masa raya korban dulu boleh jadi kebal ke??

kewujudan ANGRY BIRD di dunia nyata.


kug: mungkinkah burung-burung ni menjadi sumber inspirasi kepada permainan melastik babi hutan sampai meleTop?

Monday 10 December 2012

ENCIK NAJIB tidak ambil subjek MATEMATIK dan BM semasa SPM dulu??


antara soalan yang mungkin membuatkan encik najib berpeluh sewaktu peperiksaan percubaan SPM.

berikan maksud kepada perkataan-perkataan berikut :
mampu milik = ???
rumah = ???
rakyat = ???
pendapatan = ???
berpendapatan rendah = ???

sila jawab soalan dibawah tanpa menggunakan kalkulator :
RM300,000 - RM100,000 = ???
RM300,000 / RM1,000 = ???
tentukan nilai yang lebih besar : RM300,000 atau RM100,000 ?
si abu mempunyai pendapatan RM1,000 sebulan, tunjukkan jalan pengiraan untuk beliau membayar ansuran rumah sebanyak (>)RM1,800 sebulan?

Sunday 9 December 2012

macam pernah dengar..KATA-KATA ITU DOA!




tempatkan sisa nasi ke dalam 2 balang dengan jumlah yang sama, kemudian ditutup rapat.

kedua-dua balang di label dengan kata-kata berbeza.
balang A : kamu pintar, cerdas, cantik, baik, rajin, sabar, aku sayang padamu, i love you, terima kasih...
balang B : kamu bodoh, jahat, malas, aku benci melihatmu...
kedua-dua balang di letak di tempat yang mudah dilihat dan label dibaca setiap kali melihat balang-balang tersebut.

1 minggu kemudian
 

nasi dalam balang B yang dibacakan kata-kata negatif ternyata lebih cepat berubah menjadi busuk dan berwarna hitam dengan bau yang tidak sedap.


sedangkan nasi dalam balang A yang dibacakan kata-kata positif masih berwarna putih kekuningan dan tidak berbau busuk.

Friday 7 December 2012

MENTERI=BADUT hanya layak DIGELAKKAN!


Janji Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk bersikap telus dan tidak berselindung mengenai perbelanjaan peruntukan RM20juta pada projek Olimpik London 2012 di bakul-sampahkan oleh Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong.

Semalam, di Pusat Akuatik Negara dimana kedua-duanya hadir, Zolkples berkata, "Mereka tidak boleh menunjukkan maklumat (perakaunan) untuk dinilai umum. Tiada keperluan untuk itu."

Janji yang dibuat oleh Shabery Cheek pada bulan Ogos dihadapan ramai pengamal media umpama kata-kata seorang badut yang hanya digelakkan oleh Zolkples.

Zolkples menambah, "Kamu hanya perlu beritahu saya apa yang kamu mahu tahu dan saya akan menjawabnya".

kug: berani betul Zolkples pangkah Shabery Cheek? siapa menteri? satu lagi kenyataan bodoh dari pemimpin bodoh..siape bodoh siape bebal korang tentukan..mungkinkah RM20juta disalah guna? korang mungkin ade jawapannya..

Sunday 2 December 2012

SYAITAN?? ade orang tak kenal?

Huang Yuanfan,84, tinggal di Ziyuan, Cina memiliki tanduk aneh yang tumbuh di kepala bagian belakang.
Zhang Ruifang, 101, sejak 2009 memiliki tanduk tumbuh di dahinya.






kug: xdelah susah sangat nak kenal syaitan..

BETOI KA NI?? Hishammudin berkempen utk PR?


Sepupu Najib: Don't gamble with polls..No room for trial and error..

berikut kenyataan sepupu Najib di perhimpunanagungumngok2012..

kug: exactly bro..55 errors are more than enough..thanx bro din tolong kempen untuk PR..

Wednesday 28 November 2012

GATALL!! Rajagopal dan anak buah dahaga pelukan?


kug: gambar di atas ape yang kite sangke. tapi sebenarnya rajagopal dan anak buahnya tetap memburu "habuan" tersebut..dan mereka bakal mendapatnya setelah membelasah Laos 4-1..

 

Saturday 24 November 2012

TERSEPIT!! najib janji BN/UMNO akan insaf?


Najib: Change can happen with the same government

berikut kenyataan Najib di perhimpunan Barisan1Malaysia hari ini di PWTC.

kug: die sudah goyangg..haha..selepas 55tahun baru sekarang ko nak berubah..changing from bad to worst??
change will come faster if we throw these guy out!!

PELIK..rakyat atau LYNAS yang bayar gaji POLIS??


apa perlunya keistimewaan khas kepada syarikat Australia yang mane cukainya dikecualikan untuk 10-12 tahun?? yang pasti majoriti rakyat Malaysia tak senang dengan kehadiran dorang..

kug: bro polis,bley escort saye gi keje tiap2 pagi x??

Friday 23 November 2012

YAHUDI-mengapa mereka BIJAK


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! 

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Sumber: Dr. Stephen Carr Leon / mengapa-yahudi-bijak

kug: persoalannya sekarang - ditahap mne kebijaksanaan YAHUDI dan ditahap mne kebodohan MELAYU ??

alasan BODOH eksklusif untuk menteri..


ALOR SETAR – Seorang guru besar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas lima tuduhan menerima suapan bernilai RM32,400 membabitkan bekalan pakaian seragam kokurikulum sekolah empat tahun lalu.

Zakaria Md. Lazim, 54, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Tandop Besar (SKTB), Kuala Nerang dekat sini mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Rosli Osman.


Bagi tuduhan pertama, Zakaria didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan dengan memilih ZNR Kuala Nerang Enterprise (ZNR) sebagai pembekal set pakaian Puteri Islam bernilai RM3,300 yang mempunyai kepentingan kerana pemilik syarikat adalah adiknya, Ros Adimas.

Bagi tuduhan kedua hingga keempat, Zakaria dituduh atas kesalahan serupa dengan memilih ZNR sebagai pembekal set pakaian Persatuan Bulan Sabit Merah bernilai RM6,300, set pakaian Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) bernilai RM8,200 dan set pakaian pengakap RM8,700.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di SKTB pada November 2008 tanpa dinyatakan waktu -kosmo.


BATU PAHAT – Kemen­terian Pelajaran tidak akan berkompromi dan bersedia mengenakan tindakan terhadap warga kementeriannya termasuk guru besar jika mereka didapati bersalah terlibat rasuah.

Timbalan Menteri Pela­jaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, kes diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendakwa semua yang terlibat ke muka pengadilan.



kug: sorila bro GB, ko xbley gune alasn dorang ni sebab ko bukan menteri..

Wednesday 21 November 2012

sape BODOH??


Suatu hari rumah Pak Mat dipecah masuk oleh perompak. Pak Mat dan isteri diikat dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Perompak-perompak itu bukan sahaja mahukan duit, malahan anak perempuan Pak Mat telah dirogol manakala anak lelakinya pula telah dibelasah dengan teruk.

Tatkala itu, yang Pak Mat mampu lakukan hanyalah berdoa;
"Ya Allah, hancurkan perompak-perompak tersebut," doa Pak Mat.

Setelah mendengar doa tersebut, perompak-perompak itu terus memarahi Pak mat lalu berkata;
"Mana boleh doa macam tu, kami ni  Islam bahkan kami juga Melayu seperti anda. Jangan doakan kehancuran sesama Melayu, sesama Islam. Nanti Cina yang bertepuk tangan.

Kesokkan harinya di TV3,
" Doa Pak Mat pecah belahkan Islam"

Idea asal: Malaysian gags

kug: korang pikir2kanlah..

GILER punye BODOH..


aku pn xtau apasal tajuk entri aku mesti ade perkataan tu..haha..tapi kebanyakkan info yang aku bace skang ni byk pasal org bodo dan org yg cube memperbodohkan org laen..ilmu perlu ade bile bercakap or bile nak buat statement..xkisahlah statement tu berunsur sarkastik,plastik,perli,sinis or sindir..

kug:aku rase die nak perli statement pas/TGNA tapi at last die cume dapat menunjukkan tahap kebodohan die yang melampau je..haha..

KEBODOHAN melampau!!

ada ahli politik marah bile UAI tak tarbiyah anak die dulu..anak die 2 lelaki la..haha..bodoh tahap gaban.. 

mak budak ni xpe ke?? xpe kot..haha..

pengguna facebook BODOHH???

Laman jaringan sosial Facebook atau singkatannya FB, kini terus menjadi fenomena bagi pengguna internet di Malaysia.

Penggunanya dikatakan bukan sahaja sahaja merangkumi peringkat usia kanak-kanak, remaja dan dewasa malah sehingga golongan berumur lebih dari 50 tahun.

Menurut laporan statistik terkini yang dikeluarkan syarikat Facebook, mereka kini mempunyai 350 juta pengguna aktif diseluruh dunia.

Dari jumlah itu, seramai 1.1 peratus atau 3.85 juta penggunanya adalah rakyat negara Malaysia dan sebilangan darinya adalah pengguna Islam.

Manakala lebih daripada 65 juta juta pengguna aktif Facebook juga mengakses melalui peranti mobile mereka.


Facebook produk Yahudi?


Hukum penggunaan Facebook ini pernah menjadi pertikaian di kalangan pengguna Islam apabila terdapat maklumat yang mendedahkan pengasasnya, Mark Zuckerberg adalah seorang Yahudi sekaligus meletakkan bahawa ianya adalah produk bangsa itu.

Malah lebih berat lagi apabila maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya menyebut Mark Zuckerberg menggunakan perniagaan Facebooknya membiayai Israel menyerang umat Islam di Gaza, Palestin tersebar luas di kalangan pengguna Islam.

Polemik itu juga telah menyebabkan ada kumpulan tertentu melancarkan kempen boikot dengan menyeru orang Islam tidak lagi menggunakan jaringan Facebook kerana didakwa boleh membawa kepada haram akibat menguntungkan Yahudi.

Namun menjadi persoalan adakah betul jika pengharaman dibuat atas asas bahawa ianya hanya produk Yahudi?

Nabi Muhammad SAW diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu:

أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

Ianya menjelaskan bagaimana Islam membenarkan umatnya membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.
Bila Facebook menjadi Haram

Hukum mengguna dan membuka akaun Facebook pada asasnya adalah 'Harus' atau dibenarkan selagi tidak melanggar batas syariat Islam.


Malah jika ia digunakan untuk kemaslahatan (kebaikan) Islam, maka ia menjadi sangat digalakkan.


Namun ianya boleh menjadi haram jika kemudahan jaringan sosial ini disalahguna bergantung kepada matlamat seseorang.

Facebook sepatutnya dijadikan sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, medan perbincangan, ruang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.

Malangnya ada diantara kita membuka akaun Facebook hanya untuk suka-suka, betul-betul untuk 'bersosial' tanpa ada sebarang tujuan bermanafaat.

Apatah lagi, Facebook kini juga dilengkapi aplikasi 'third party' seperti kuiz dan permainan online.

Keasyikannya kadang-kadang mampu menjadikan pengguna itu ketagih dan hanyut dalam dunia sendiri sehingga melupakan dunia luar.

Maka tidak hairanlah jika kajian Facebook sendiri menyebut rata-rata penggunanya menghabiskan lebih dari 55 minit sehari mengadap laman ini.

Islam melihat mereka yang menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, boleh menjadi haram sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

Malah lebih teruk lagi jika penggunaannya membuahkan fitnah menyebabkan institusi keluarga, masyarakat dan negara menjadi porak peranda.

Dalam satu kes yang berlaku 24 Januari 2009, seorang pemuda, Edward Richardson yang berasal dari London, dihukum penjara 18 tahun kerana membunuh isterinya Sarah, setelah mengetahui isterinya itu menukar status 'maried' kepada 'single' pada profile Facebooknya.

Beberapa kes lain juga berlaku termasuk dalam negara ini sehingga terdapat kes seseorang individu itu disiasat oleh pihak berkuasa kerana komen-komennya yang berbaur hasutan dan ancaman yang didakwa boleh mewujudkan ketegangan.

Maka persoalan haram dan halal berhubung perkara ini wajar dipulangkan kepada pengguna masing-masing.

Hanya anda tahu bagaimana anda menggunkan kemudahan jaringan sosial ini sama ada memberikan banyak manfaat atau mudarat.

Tepuk dada tanya Iman..

sumber : ikutsukaatiaku

kug : aku xde facebook pun bley idup ape..haha..pada aku facebook ni x salah kalo penggunaanny x melanggar syariat..tapi fb ni terus terang bukan untuk aku la..aku xske orang yang xde kne mngene tau pasal idup aku...apa pun bagi aku adalah wajar memboikot barangan yahudi bagi sekurang2nya meninggalkan kesan pada ekonomi mereka sekaligus merencatkan kezaliman di bumi Palestin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...