Monday 24 December 2012

Harapan KRISMAS Lim Guan Eng!


Ketua Menteri Pulau Pinang memuji Barisan Nasional Pulau Pinang kerana berupaya menjadi pembangkang yang hebat selepas mereka mengumumkan sumbangan untuk pelajar cemerlang PMR.

LGE berkata BN PP tidak pernah memberi sumbangan sebegitu apabila memerintah PP tapi begitu teruja untuk memberi sumbangan semasa menjadi pembangkang.

LGE menambah adalah baik BN menjadi pembangkang di PP kerana mereka mempunyai sumber untuk memberi sumbangan sebegitu.

Ini juga membuktikan BN seharusnya terus menjadi pembangkang di PP untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat PP.

LGE menjelaskan harapan Krismasnya ialah untuk melihat BN PP memberi sumbangan kepada rakyat secara berterusan dan bukannya sekali setiap lima tahun.

themalaysianinsider

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...