Tuesday 18 December 2012

BUDAK DARJAH 2 KELAS COROT!


Gila kuasa atau anak jantan bila ibrahim ali kata akan tetap bertanding walaupun 10 atau 15 penjuru? Jika itu dipanggil anak jantan maka kejantanan beliau terserlah apabila mengetuai sekumpulan 5,000 perwakilan dan pemerhati ke mesyuarat agung PERKASA untuk membaca ikrar bagi menyokong BN dalam PRU13. Anak jantan berjiwa pahlawan ini mempunyai sifat terpuji iaitu malu-malu kucing untuk bertanding atas tiket UMNO/BN. Lebih menonjolkan lagi kejantanan beliau dalam memperjuangkan bangsa Melayu ialah kenyataan mengenai kesempitan kaum Melayu dalam perniagaan hanya disebabkan peluang perniagaan berstatus 'haram' dimonopoli bukan-Islam. Seperti biasa kenyataan beliau boleh dianggap sebagai kenyataan budak darjah 2 kelas corot.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...