Thursday 2 May 2013

BUKTI betapa mudahnya WANG DIGELAPKAN dalam kerajaan pimpinan UMNO/BN!

Akibat mahu mengangkat bakul rotan rekaan sendiri yang amat meragukan anyamannya, seorang aktivis politik secara tidak langsung mengaku banyak transaksi dengan nilai yang besar tidak direkodkan di dalam pentadbiran kewangan UMNO/BN. [rujuk]



Sesuatu yang amat pelik kerana jumlah sebanyak RM200 - RM300 juta boleh hilang begitu sahaja tanpa sebarang rekod di Kementerian Kewangan.

Jika benar dakwaan itu bahawa Mahathir begitu ikhlas membantu orang Islam dan orang Melayu di Kelantan, apa gunanya ia dicanangkan?

Jika benar dakwaan itu bahawa Mahathir begitu ikhlas membantu orang Islam dan orang Melayu di Kelantan, adakah sesiapa antara kita yang akan percaya Mahathir mengeluarkan duit poketnya sendiri bagi tujuan tersebut?

Jika benar dakwaan itu bahawa Mahathir begitu ikhlas membantu orang Islam dan orang Melayu di Kelantan, mengapa isu royalti kepada negeri Kelantan tidak diselesaikan dengan segera?

Dan jika dakwaan itu hanyalah lawak jenaka semata-mata, bolehkah seseorang yang lain pula mengatakan dia telah membawa Najib pada pukul 11 dan 12 malam apabila semua orang lain sudah tidur ke rumah Anwar untuk diberi RM24.4 juta bagi membantu Najib membeli cincin untuk suaminya?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...