Friday 4 January 2013

Malaysia vs Thailand..pengadil LEMBU!

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar : saya lihat kenyataan yang dibuat beliau (Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution berhubung sekatan terhadap kumpulan pemerhati bebas PRU13) tidak tepat sama sekali dan menganggapnya sebagai cuba untuk mengelirukan rakyat sedangkan tuduhan yang dibuat itu langsung tidak berlandaskan maklumat yang sebenar dan tepat.

Antara garis panduan untuk pemerhati pilihanraya yang ditetapkan SPR :-

1. Tidak boleh bercakap dengan agen parti dan kakitangan pusat undi.
2. Tidak dibenar bercakap kepada pihak media
3. Tidak dibenar mengambil foto salah laku atau penipuan tanpa kebenaran
4. Tidak dibenar memerhati proses mengira undi
5. tidak boleh mengeluarkan apa-apa maklumat kepada pihak ketiga sebelum melaporkan kepada SPR.

Encik WAWO, apa ko cuba nak cakap? ko nak cakap SPR boleh buat apa saja tanpa ada pihak yang boleh menegur? ko nak cakap ko tu perfect, tak pernah buat silap dan tak akan buat silap? ko nak anggota SPR dimaklumkan dulu kalo ade apa-apa yang tak kena supaya ko boleh cover-up? ko nak jadi LEMBU atau nak menjadi pengadil yang telus kepada rakyat dalam menentukan masa depan negara?

Kita boleh lihat isu ini selari dengan isu keengganan UMNO/BN menerima pemerhati antarabangsa dalam PRU yang cuba dibawa oleh Badan Bebas Pemantau Pilihanraya Malaysia (Mafrel) dan PR.
Dalam isu ini Najib telah cuba menakutkan rakyat dengan menyatakan pemerhati antarabangsa sebagai 'campur tangan asing' dan boleh merosakkan masa depan negara.

Walhal dari sudut positif, pemerhati antarabangsa boleh menjamin lebih ketelusan dalam proses pilihanraya atau setidak-tidaknya memberi lebih keyakinan kepada rakyat akan kejujuran dan keadilan dalam proses pilihanraya. Dalam masa yang sama pemerhati antarabangsa boleh memberi perspektif dan cadangan yang baik untuk proses pilihanraya yang lebih sempurna.

Malaysia vs Thailand..pengadil LEMBU!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...