Wednesday 30 January 2013

Julia Gillard kepada Najib : Ini baru WASATTIYAH!

CANBERRA 30 Jan 2013 : Perdana Menteri Julia Gillard membuat kejutan hari ini dengan mengumumkan tarikh plihan raya Australia pada 14 September depan. 

Sebelum ini secara tradisinya, kerajaan memerintah memberi tempoh notis sekurang-kurangnya sebulan kepada pembangkang sebelum mengumumkan pilihan raya. 


Pengumuman itu dibuat Gillard ketika berucap di National Press Gallery. 

Gillard berkata, beliau mahu memperkenalkan satu persekitaran yang selesa kepada pengundi supaya mereka lebih fokus kepada isu nasional serta mengelak keadaan tidak menentu mengenai teka-teki tarikh pilihan raya. 

“Saya memutuskan ini (tarikh pilihan raya) supaya kerajaan dan ahli Parlimen Australia boleh berkhidmat tiga bulan penuh penggal pentadbiran. 

"Jadi ia jelas bila pilihan raya akan dijalankan," katanya. - AP 



Sehubungan dengan itu, Gillard sebagai kawan kepada Najib diminta menasihatkan beliau agar tidak terlalu seronok bermain teka-teki bersama Muhyiddin yang mana diketahui ramai sangat 'fun' dengan permainan itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...