Friday, 23 March 2018

MALAYSIA TAK MAMPU ‘C4’-KAN MONGOLIA


review perlawanan persahabatan - MALAYSIA vs MONGOLIA - 22/03/18

1-NADZLI HAZIQ (G) – 5/10 – aksi biasa. telah melakukan yg terbaik untuk gol pertama yang dibolosi. patut dipersalahkan untuk gol kedua kerana gagal mengatur benteng dengan baik. Akhyar sebagai benteng? hmm.. membiarkan bola bounce dan terkena palang di separuh masa kedua adalah satu tindakan b*d*h oleh seorang penjaga gol.

9-AHMAD HAZWAN BAKRI – 5/10 - senyap. zaman kegemilangannya lenyap sebaik keluar Selangor.

5-ADAM NOR AZLIN – 4/10 – seperti biasa dengan aksi gegabahnya. bertanggungjawab untuk gol kedua – 97% kesalahannya.

2-MATTHEW DAVIS – 6/10 – antara pemain Malaysia yang menyerlah. overlapping byk membantu tapi hantaran silang menentang Mongolia lebih banyak yang mengecewakan.

13-AFIQ FAZAIL – 5/10 – senyap.

15-FAZLY MAZLAN – 5/10 – average. rajin tapi tak efektif.

14-NATXO INSA – 5/10 – kawalan bola baik. shielding berkesan. obviously bukan attacking minded. terikut dengan mentaliti baran dan b*d*h pemain Malaysia. patut mendapat kad merah untuk kekasaran b*d*h nya.

18-MAHALLI JASULI – 5/10 – attacking minded. kurang rajin. kalau dribble budak sekolah rendah confirm lepas.

8-SAFIQ RAHIM – 5/10 – rajin tapi tiada speed. kurang idea. bola 50-50 confirm kalah. kelemahan lebih ketara kalau opponent lebih besar dan tinggi.

11-SAFAWI RASHID – 5/10 - gaya A. execution C- . umpanan di 2nd half patut di ganti dengan try kaki kirinya. corner kick agak bagus berbanding Safiq.

4-FAZLI SHAS – 4/10 - takde kena mengena untuk gol pertama Malaysia. bertanggungjawab 97% untuk gol pertama yang di bolosi.

10-NAZMI FAIZ – 3/10 – attitude budak sekolah menengah tingkatan 1. tak berubah dan nampaknya tak akan berubah. liabiliti. layak mendapat kad merah untuk kekasaran b*d*h nya.

7-AKHYAR RASHID – 7/10 – pemain Malaysia yang menyerlah selain Matthew Davis. Kredit untuk gol kedua walaupun big deflection.

19-WAN ZACK HAIKAL – 5/10 – selain freekick mengancam yang terkena palang, persembahan membosankan. peluang yang diperolehi sebaik freekick yang terkena palang sepatutnya diterjemahkan kepada gol atau dilepaskan kepada Akhyar yang berada di belakang kirinya. terlalu gelabah untuk dribble.


Monday, 12 March 2018

tidak dapat MANDI HADAS BESAR - kerajaan Selangor dipersalahkan!


         Selepas menunaikan kewajipan sebagai seorang suami kepada isterinya, Jamal menyalahkan kerajaan Selangor di bawah pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana tidak dapat menunaikan kewajipannya sebagai seorang Muslim untuk solat Subuh.



         Jamal juga mengaku buat pertama kalinya menunaikan solat sunat taubat akibat daripada insiden tersebut. 

         Sehubungan itu Syabas disarankan menyiarkan kaedah untuk bertayammum bersama-sama Jadual Gangguan Bekalan Air di laman webnya.

Wednesday, 30 July 2014

KIKI vs PRDM


27 Julai 2014

Lagi kes bertindak di luar batasan.

Bezanya :-  1. Kiki bertindak ganas ke atas kereta VS Prdm bertindak ganas ke atas manusia.

                  2. Kes Kiki mendapat liputan meluas terutamanya daripada bloggers dan facebookers.

                  3. Perkasa tiada peranan kerana mangsa dan pemangsa adalah daripada kaum yang sama.

                  4. ...

Mungkinkah pegawai terlibat juga akan di jemput ke konti Era FM dan Hitz.fm?

Pastinya apa yang amat dinantikan adalah keputusan mahkamah.

14 Julai 2014

Saturday, 8 February 2014

Question of the day - "What if an NGO offered RM1,200 to slap Najib?"


The question is believed has been thrown onto the face of Encik Najib, Encik Ahmad Zahid and Encik Khalid Abu Bakar.

Thursday, 3 October 2013

NOW EVERYONE CAN BE MINISTER/CEO!

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming mendedahkan pemilik ijazah palsu iaitu Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot (Universiti Preston, Amerika Syarikat); Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ewon Ebin (Universiti Golden State, Wyoming, Amerika Syarikat dan Universiti Terbuka Commonwealth, British Virgin Islands); Pengerusi Lembaga Tabung Haji dan Ahli Parlimen BN Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Universiti Preston) dan Presiden Kumpulan dan CEO Felda Global Ventures Holdings Bhd, Mohammed Emir Mavani Abdullah (Universiti Wanborough).

Secara tidak langsung kredibiliti JPA boleh dipersoalkan apabila hanya mengambil tindakan terhadap penjawat awam biasa tetapi memberi keistimewaan kepada menteri.

Reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyifatkan ijazah palsu hanya ibarat beg Louis Vuitton tiruan seperti memberi analogi bahawa kerajaan UMNO/BN tidak berminat mengambil apa-apa inisiatif untuk  menangani isu ini sama seperti salah satu kementeriannya yang tidak berani merampas beg Louis Vuitton/barangan tiruan daripada towkey-towkey tertentu.

Di samping isu pemberian 150,000 saham FGVH bernilai RM500,000 kepada Mohamed Emir sewaktu pelantikannya, Abdul Azeez juga terpalit dengan isu yang kononnya hanya berkelayakan SPM semasa dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji.

Jika ini bukti jelas bagi amalan kroni nepotisme, maka rakyat Malaysia boleh menjangkakan sesuatu untuk negara ini..



Wednesday, 26 June 2013

MAMAK!!! ROTI NAJIB 1! DAKWAT KEKAL AIS 1!


Kos dakwat kekal - RM6.9juta
Kos pengangkutan, pembungkusan dan penyimpanan dakwat kekal - RM200k
Kos keseluruhan Pilihan Raya Umum ke-13 - RM400juta

Setelah sekian lama SPR berdolak-dalik, berteka-teki, memperbodohkan rakyat Malaysia dengan hujah-hujah bodohnya, akhirnya kebodohan SPR dan UMNO/BN yang makin diperjelaskan. Rupa-rupanya rakyat Malaysia yang bodoh dan bijak membayar RM6.9juta untuk pewarna makanan!

Tak goncang botol?
Silver nitrate?
Kanser?

Jawapan bodoh oleh seorang yang dibayar RM23,107.70 sebulan. Lebih menyakitkan hati lagi apabila jumlah itu dibayar oleh rakyat Malaysia yang bijak.


sumber : kachipemas.blogspot.com

Saturday, 4 May 2013

Bekas Menteri takut idea BN akan ditiru sepertimana mereka MENIRU MANIFESTO PR!

Akibat ketiadaan idea dan modal dari segi ekonomi, UMNO/BN meniru manifesto Pakatan Rakyat yang mana antaranya kita dapat lihat dengan jelas dalam isu air percuma di negeri Selangor dan janji untuk menurunkan harga kereta.



Mungkin kerana takut idea mereka pula ditiru, bekas menteri UMNO/BN ini memberikan peringatan kepada rakyat agar sentiasa ingat bahawa hanya UMNO/BN sahaja yang boleh meniru dan layak dinobatkan sebagai juara penciplak.


Mungkinkah PR akan meniru/menciplak idea UMNO/BN yang kelihatan agak 'efektif dan efisien' untuk menarik undi rakyat dengan mengedar surat-surat atau cakera padat tertentu ke rumah-rumah?

INI KALILAH! 

Thursday, 2 May 2013

BUKTI betapa mudahnya WANG DIGELAPKAN dalam kerajaan pimpinan UMNO/BN!

Akibat mahu mengangkat bakul rotan rekaan sendiri yang amat meragukan anyamannya, seorang aktivis politik secara tidak langsung mengaku banyak transaksi dengan nilai yang besar tidak direkodkan di dalam pentadbiran kewangan UMNO/BN. [rujuk]



Sesuatu yang amat pelik kerana jumlah sebanyak RM200 - RM300 juta boleh hilang begitu sahaja tanpa sebarang rekod di Kementerian Kewangan.

Jika benar dakwaan itu bahawa Mahathir begitu ikhlas membantu orang Islam dan orang Melayu di Kelantan, apa gunanya ia dicanangkan?

Jika benar dakwaan itu bahawa Mahathir begitu ikhlas membantu orang Islam dan orang Melayu di Kelantan, adakah sesiapa antara kita yang akan percaya Mahathir mengeluarkan duit poketnya sendiri bagi tujuan tersebut?

Jika benar dakwaan itu bahawa Mahathir begitu ikhlas membantu orang Islam dan orang Melayu di Kelantan, mengapa isu royalti kepada negeri Kelantan tidak diselesaikan dengan segera?

Dan jika dakwaan itu hanyalah lawak jenaka semata-mata, bolehkah seseorang yang lain pula mengatakan dia telah membawa Najib pada pukul 11 dan 12 malam apabila semua orang lain sudah tidur ke rumah Anwar untuk diberi RM24.4 juta bagi membantu Najib membeli cincin untuk suaminya?

Tuesday, 30 April 2013

RACISM in MALAYSIA - ini puncanya!

Memang tepat bila mana tidak lama dulu Nurul Izzah kata UMNO/BN akan main politik perkauman untuk memenangi undi.

Dan lagi tepat bila mana Nik Aziz jelaskan bahawa bangsa atau kaum bukan satu masalah kepada Islam.


Masih relevankah UMNO/BN?

INI KALILAH! 

Monday, 29 April 2013

Pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam : antara POLITIK dan PENGHORMATAN!

Kejadian pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim bukan sahaja menggemparkan jabatan kastam malah penjawat awam keseluruhannya.

Tugas seorang pegawai kastam tidak kurang cabarannya jika dibandingkan dengan PDRM dan ATM.
Untuk rekod, kejadian tembakan, cubaan bunuh dan kematian pegawai kastam bukanlah sesuatu yang baru.

Ketidakhadiran menteri ketika majlis pengurusan jenazah Datuk Shaharuddin menunjukkan betapa pentingnya politik bagi sesetengah pihak daripada soal hidup-mati / dunia-akhirat.

Jabatan Kastam sebagai satu jabatan yang bernaung di bawah Kementerian Kewangan pastinya mahu melihat kehadiran Najib di majlis itu. Setidak-tidaknya wakil dari kementerian. Jika pada Hari Kastam Sedunia 2013 Husni Hanadzlah selaku Menteri Kewangan II sanggup mewakili Najib, kenapa tidak pada hari tersebut?

Husam Musa bersama-sama menunaikan solat jenazah dan menguruskan  majlis pengebumian Datuk Shaharuddin

Saturday, 27 April 2013

ORANG SABAH bangkit tolak BN!!

Terbaik dari orang Sabah!!

Parody Anak Kampung yang secara tak langsung mengingatkan Jimi Pelikat asal usulnya..

Pastinya Musa Aman jiwa kacau..hati sudah tak aman..

INI KALILAH!!



Sunday, 7 April 2013

Pinangan DITOLAK : gadis DIMAKI, DIPUKUL dan DICABUL!


Bukan lagi rahsia. Sudah berpuluh kali. Jelingan demi jelingan. Ayat-ayat manis. Surat, sms, twitter, facebook. Bukan lagi rahsia si gadis itulah pilihan hatinya untuk memenuhi tuntutan bagi seorang lelaki yang sudah jatuh hukum wajib untuk berkahwin.

Bukan salah si gadis, tapi yang meminang tidak memenuhi kriteria seorang suami yang boleh membimbing untuk sama-sama mencari keredhaan Ilahi. Si gadis memberi alasan lelaki tersebut seorang yang suka salahguna wang persatuan di kampungnya, sering mengaku wasatiyyah walaupun tidak memahami ertinya, suka memfitnah, makan hasil dari poket orang lain dan bermacam alasan lagi yang tidak memungkinkan beliau menyambut pinangan itu.

Tanpa disangka, yang meminang bertindak diluar batasan..


Thursday, 7 February 2013

MALU!! TGNA tak kenal PSY..NAJIB terbukti lebih HEBAT!!


Kecoh apabila TGNA sebagai Menteri Besar Kelantan tersalah anggap artis popular PSY yang terkenal di seluruh dunia sebagai seorang wanita.

Berita tersebut boleh dibaca di sini dan dikupas oleh banyak blog pro-UBN.

Kenal PSY? perlu ke? ini persoalan yang perlu dijawab dulu..

Agak pelik kalau TGNA kenal dan hafal semua penghibur satu dunia terutama yang sering menampilkan penari perempuan seksi. Sedangkan dikalangan kita masih terdapat yang merangkak membaca surah-surah lazim tapi langsung tak merasa malu...PSY?? tak berbaloi..

Ketidakkenalan TGNA kepada PSY secara tak langsung menunjukkan PSY tidak popular mana di mata beliau jika dibandingkan kepopularannya di mata pengikut UBN. 

Banyak hal yang lebih layak dimalukan tapi..


mungkin itu normal bagi sesetengah orang..dan mungkin juga kelihatan bodoh di hadapan budak sekolah rendah mengenai ilmu agama asas adalah biasa bagi sesetengah orang jika dibandingkan dengan kebodohan mengenai dunia hiburan..

Tuesday, 5 February 2013

Hari Wilayah Persekutuan 2013..

Hari Wilayah Persekutuan 2013 sudah selesai. Mengikut kata seorang sahabat aku ramai yang datang sebab hadiah cabutan bertuah utama adalah Perodua Myvi SE, 2 buah motorsikal Honda, 20 buah basikal yang berharga RM1,000 setiap satu dan macam-macam lagi.

Sambutannya boleh tahan tapi sahabat aku dengan info yang diragui kesahihannya kata cabutan bertuah dah macam khas untuk warga DBKL. Katanya kotak yang digunakan untuk mengumpul kad daripada warga DBKL, warga dari jabatan lain yang membuat persembahan dan kawad, serta dari orang awam dibezakan. Yang mana bermaksud ada 3 kotak berbeza untuk cabutan bertuah dan tidak dapat dipastikan juga bila mereka campur ketiga-tiganya untuk mendapatkan cabutan yang betul-betul 'bertuah'(kesahihan masih ditahap sifar).

Oleh itu, mengikut kata sahabat aku lagi kebanyakan yang menang hadiah cabutan bertuah tu adalah warga DBKL. Pemenang hadiah utama anda boleh lihat di sini.

Yang sadisnya ialah golongan yang pergi semata-mata kerana hadiah cabutan bertuah yanug digembar-gemburkan tu.

Yang lawaknya..

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri Datin Rosmah Mansor di stadium itu disambut laungan 1Malaysia oleh orang ramai yang membanjiri stadium sejak awal pagi, serta diiringi dendangan lagu 1M4U. - BERNAMA

Aku boleh bayangkan kalau orang datang then kita bagi salam atau mungkin seseorang buat penampilan di stadium then kita takbir..tapi kalau seseorang datang then kita jerit/laung '1Malaysia' memang lawak bagi aku..



Wednesday, 30 January 2013

Julia Gillard kepada Najib : Ini baru WASATTIYAH!

CANBERRA 30 Jan 2013 : Perdana Menteri Julia Gillard membuat kejutan hari ini dengan mengumumkan tarikh plihan raya Australia pada 14 September depan. 

Sebelum ini secara tradisinya, kerajaan memerintah memberi tempoh notis sekurang-kurangnya sebulan kepada pembangkang sebelum mengumumkan pilihan raya. 


Pengumuman itu dibuat Gillard ketika berucap di National Press Gallery. 

Gillard berkata, beliau mahu memperkenalkan satu persekitaran yang selesa kepada pengundi supaya mereka lebih fokus kepada isu nasional serta mengelak keadaan tidak menentu mengenai teka-teki tarikh pilihan raya. 

“Saya memutuskan ini (tarikh pilihan raya) supaya kerajaan dan ahli Parlimen Australia boleh berkhidmat tiga bulan penuh penggal pentadbiran. 

"Jadi ia jelas bila pilihan raya akan dijalankan," katanya. - AP 



Sehubungan dengan itu, Gillard sebagai kawan kepada Najib diminta menasihatkan beliau agar tidak terlalu seronok bermain teka-teki bersama Muhyiddin yang mana diketahui ramai sangat 'fun' dengan permainan itu.

Monday, 28 January 2013

Menang MAHARAJA LAWAK edisi PALESTIN?? En.N disambut meriah!

Lebih 10,000 rakyat berbilang kaum termasuk menteri kabinet dan orang kenamaan membanjiri Kompleks Bunga Raya bagi menyambut dan menunjukkan sokongan kepada PM yang mengadakan lawatan ke Semenanjung Gaza dan menghadiri mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2013 di Davos, Switzerland.

Antara sepanduk dan kain rentang yang dibawa bertulis "Selamat Pulang Pejuang Umat", "PM Wira Negara", "We Are Proud To Have A Brave PM" dan "We Love PM".


Kenyataan kerajaan Abbas yang dibacakan pegawai berita WAFA menyebut "Presiden Palestin menolak dan mengecam kunjungan PM Malaysia ke Gaza"

Dan menambah "kunjungannya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin".

Kerajaan Malaysia akan diminta memberi penjelasan dari pemerintah Palestin dalam masa terdekat.


Pejuang Umat?? Wira Negara?? Haha..apa yang En.N sumbangkan di sana?

You called that brave?? then everyone on this planet is brave..agak lawak..

Tak ada alasan yang munasabah nak disambut sebagai wira dan tak ada apa-apa pencapaian luar biasa yang nak dibanggakan pun..sebaliknya kena bagi penjelasan kepada pemerintah Palestin..boleh tahan lawak tu..

Ko tolak pemerhati antarabangsa dalam proses pilihanraya dengan alasan 'campur tangan asing dalam hal ehwal negara' tapi ko sendiri campur tangan dalam hal ehwal negara lain?? memang lawak..

So..dari segi lawak mungkin ianya boleh dibanggakan..

Monday, 21 January 2013

Friday, 11 January 2013

WASATTIYAH polisi terbaru BANK ISLAM?


11 Januari 2013 - Bank Islam menafikan kaitan mereka dengan kenyataan pakar ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin mengenai ramalan kemenangan tipis Pakatan Rakyat (PR) pada PRU13 oleh Singapore Straits Times.

Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat : Pandangan Azrul pada forum kewangan serantau itu adalah pandangan peribadi dan tidak patut dikaitkan dengan Bank Islam. Saya tidak tahu dari mana beliau mendapatkan statistik tersebut.

Ekonomi dan politik sememangnya bersangkut rapat..
Benarkah pakar ekonomi Bank Islam hanya menggunakan dadu bagi mendapatkan ramalan tersebut?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...