Monday 29 April 2013

Pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam : antara POLITIK dan PENGHORMATAN!

Kejadian pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim bukan sahaja menggemparkan jabatan kastam malah penjawat awam keseluruhannya.

Tugas seorang pegawai kastam tidak kurang cabarannya jika dibandingkan dengan PDRM dan ATM.
Untuk rekod, kejadian tembakan, cubaan bunuh dan kematian pegawai kastam bukanlah sesuatu yang baru.

Ketidakhadiran menteri ketika majlis pengurusan jenazah Datuk Shaharuddin menunjukkan betapa pentingnya politik bagi sesetengah pihak daripada soal hidup-mati / dunia-akhirat.

Jabatan Kastam sebagai satu jabatan yang bernaung di bawah Kementerian Kewangan pastinya mahu melihat kehadiran Najib di majlis itu. Setidak-tidaknya wakil dari kementerian. Jika pada Hari Kastam Sedunia 2013 Husni Hanadzlah selaku Menteri Kewangan II sanggup mewakili Najib, kenapa tidak pada hari tersebut?

Husam Musa bersama-sama menunaikan solat jenazah dan menguruskan  majlis pengebumian Datuk Shaharuddin

1 comment:

  1. pemimpin ameno x reti solat jenazah..takut kena jadi imam..hhahahahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...